PEPATAH syurga di bawah tapak kaki ibu sekali gus mengingatkan kita kepada betapa besar jasa ibu bapa dalam mendidik dan mematangkan kita menjadi manusia berguna, namun melihat kepada senario hari ini yang mana ramai warga tua dihantar oleh anak ke rumah penjagaan bagaikan menyatakan betapa jasa ibu bapa sudah dilupakan.Mereka yang tiada belas kepada ibu bapa dianggap kurang beradab dan tidak bersyukur kepada Allah. Begitu mudah anak mengabaikan ibu bapa mereka, walaupun sejak kecil mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa tidak dapat melakukan kebaikan untuk orang tua sendiri, apatah pula jika ibu bapa berkenaan sudah meninggal dunia.
Walau sehebat manapun ilmu kita, walau setinggi manapun kelulusan kita,walau siapa pun kita, apa guna tanpa restu ibu bapa kita dan guru. Jangan sesekali melupakan jasa mereka pada masa depan..kerana tanpa mereka tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan pada hari ini.
Surah Al-Isra' ayat 23:
Surah Al-Isra' ayat 23:
"Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".
Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu .Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan , berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan perkataan "ah" sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan menyanggah seperti tersebut menunjukkan tanda ingkar atau membenci terhadap tindakan mereka.
Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandungkan kita, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari.
Surah Lukman ayat 14:Maksudnya:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan".
Pengorbanan mereka adalah pengobanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.
Surah An-Nisa ayat 36:Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri".
Perintah untuk menyembah Allah dan larangan mensyirikkanNya diikuti dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah dan taat kepada kedua ibu bapa. Namun dewasa ini, terdapat dikalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka tidak mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening mereka, kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat juga di kalangan kita menambah bebanan kepada ibu bapa seperti menyuruh menjaga cucu, menjadi pembantu rumah bahkan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan mengabaikannya.
Perintah untuk menyembah Allah dan larangan mensyirikkanNya diikuti dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah dan taat kepada kedua ibu bapa. Namun dewasa ini, terdapat dikalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka tidak mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening mereka, kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat juga di kalangan kita menambah bebanan kepada ibu bapa seperti menyuruh menjaga cucu, menjadi pembantu rumah bahkan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan mengabaikannya.
Sabda Rasulullah SAW : Bermaksud:"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa".
Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa dengan kerelaan mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga emas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan