Jalan Belimbing 8 KU/10 ,Meru,Klang ,Selangor Darul Ehsan

“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya.” -(Hadis riwayat al-Bukhari).

Sabtu, 7 Ogos 2010

Majlis Kenduri Doa selamat & Tahlil










Pada hari Sabtu 7 Ogos 2010 bersamaan 26 Syaaban penghuni taman telah mengadakan satu majlis kenduri doa selamat dan tahlil sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan beberapa hari lagi.
Bacaan surah yassin dan wirid serta doa telah di ketuai oleh AJK Biro Agama dan Kebajikan iaitu Tuan Hj.Shafie

Jamuan jamuan atau hidangan hidangan telah disediakan oleh penduduk penduduk taman sendiri secara 'pot luck'.

Di sebelah siangnya penghuni penghuni telah bersama sama menjalankan gotong royong membersihkan kawasan taman serta longkang longkang juga tidak ketinggalan memotong semak samun di rumah rumah yang tidak berpenghuni.
Alhamdulillah projek sebelum ramadan ini berjalan lancar dan diharapkan dapat memberikan suasana bersih aman dan harmoni kepada penduduk penduduk di taman ini.

Diharapkan agenda agenda sepeti ini dapat berterusan sesuai dengan peredaran masa dan kesejahteraan penduduk.

Akhir kata pihak AJK penduduk Taman Meru Damai mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan semoga Allah menerima segala amalan kita. InsyaAllah.

Nasihat Nabi SA.W sempena Menyambut Ramadan

Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah dengan
membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi
Allah. Hari-harinya adalah yang utama, malam-malamnya adalah
yang paling utama, dan saat-saatnya adalah yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan
olehNya. Di bulan ini nafas nafasmu dihitung sebagai tasbih, tidurmu
ibadah, amal amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah
kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar
Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitabNya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.
Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu kelaparan dan kehausan di hari
kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan miskin.Muliakan orang
yang lebih tua dari kamu, sayangi yang lebih muda, sambungkanlah tali
persaudaraan, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak
halal dipandang dan pendengaran dari apa yang tidak halal didengar.
Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu
untuk berdoa pada waktu waktu solatmu kerana itulah saat yang paling
utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba hambaNya dengan
penuh kasih sayang. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya,
menyambut mereka ketika mereka memanggilNya, dan mengabulkan mereka
ketika mereka berdoa kepadaNya.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai oleh perbuatanmu,
bebaskan dirimu dengan istighfarmu. Punggungmu berat
oleh beban bebanmu, ringankan dengan lamanya sujudmu.

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah swt bersumpah dengan kemuliaanNya
untuk tidak menyiksa orang-orang yang solat dan orang orang yang
sujud, dan tidak mencampakkan mereka ke dalam api neraka pada hari
manusia dibangkitkan menuju Tuhan alam semesta.

Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi buka kepada
orang orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah
nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan ia diampuni
dosa-dosanya yang lalu.

Khamis, 25 Mac 2010

Asuhlah Anak Kita Tentang Hidup Berjiran

PEPATAH Melayu ada menyebut, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Tafsiran pepatah ini merujuk kepada pentingnya hidup sekumpulan manusia bertunjangkan nilai kemuafakatan, kesefahaman dan tolak ansur.

Nilai muafakat itu penting dalam konteks hidup berjiran. Walaupun sempadan rumah dipisahkan dengan pagar besi mahupun batu konkrit, namun perkongsian nilai hidup harmoni tetap kukuh jika wujudnya sifat mengambil berat, hormat-menghormati dan menghargai hak sesama jiran tetangga.

Keharmonian hidup berjiran sangat dititikberatkan Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga dekat, jiran tetangga jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang sombong takbur dan membanggakan diri.” (Surah an-Nisa’, ayat 36).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Mengambil berat hidup berjiran sebenarnya perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak. Pada usia inilah anak mudah menyerap sebarang bentuk pendidikan diberi dan menerapkannya dalam kehidupan seharian, ibarat ‘buluh yang dilentur dengan mudah dari rebungnya’.

Anak perlu dididik akan siapa dan apa pentingnya jiran sebelah-menyebelah dalam kehidupan. Hidup berjiran saling tak ubah seperti ‘aur dengan tebing’, saling perlu-memerlukan. Mana perkara silap, ditegur secara berhemah dan berhikmah, mana yang betul, dijadikan panduan dan pedoman semoga kehidupan sentiasa di bawah keredaan Allah.

Anak juga perlu tahu bahawa jiran itu terbahagi kepada beberapa kategori yang mempunyai hak dan keutamaannya tersendiri. Kategori pertama adalah jiran bukan Islam yang mempunyai satu hak, iaitu hak berjiran.

Kategori kedua adalah jiran beragama Islam yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak Islam. Manakala kategori ketiga pula adalah jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan, yang memiliki tiga hak, iaitu hak jiran, hak Islam dan hak kekeluargaan.

Perbezaan hak ini perlu dijelaskan kepada anak lantaran kepentingannya dalam menyatupadukan komuniti kejiranan setempat tanpa mengabaikan walau satu pun hak mana-mana pihak.

Sejak usia kecil lagi, jika anak faham akan kepentingan menjaga hak dan keharmonian sesama jiran tetangga, diyakini bahawa mereka akan terus memupuk dan menjulang nilai murni hidup bermasyarakat seperti mana disyariatkan Islam.

Untuk itu, ada banyak perkara yang boleh kita sebagai ibu bapa terapkan kepada anak berkaitan erti kemanisan hidup berjiran antaranya:

Menggalakkan anak mengamalkan sikap hormat, merendah diri, tidak sombong serta menunjukkan tingkah laku dan pertuturan mulia terhadap jiran tetangga. Ia selaras hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah seseorang itu berperi laku baik terhadap jiran tetangganya.” (Mutafaqun ’alaih)
Menegah sikap buruk sangka, menimbulkan fitnah, mengumpat serta mencerca jiran tetangga. Sikap buruk seperti ini berupaya meleraikan ikatan silaturahim sesama jiran. Anak perlu diajar jangan terlalu mudah mempercayai, malah menyebarkan khabar berita yang tidak menyenangkan berkaitan dengan jiran demi menjaga maruah dan keaiban mereka.
Memupuk anak mengamalkan budaya bertanya khabar dan menziarahi jiran tetangga terutama jika mereka sakit, ditimpa kesusahan atau menghadapi musibah. Adab berziarah perlu difahami kerana berdasarkan ajaran Islam ada masanya tidak sesuai untuk kita bertandang ke rumah jiran.
Mendidik anak ‘ringan tulang’ membantu jiran yang memerlukan sebarang pertolongan. Anak perlu tahu bahawa pertolongan diberikan bukan sekadar bersifat material dan fizikal, bahkan sokongan moral turut berupaya membantu jiran mengharungi dugaan dan kesukaran yang diuji Allah.
Menegah anak mengganggu dan merosakkan hak jiran. Misalnya, membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman, membuang sampah di halaman rumah jiran atau mengambil sesuatu milik mereka tanpa keizinan.
Menggalakkan anak menyertai program komuniti setempat seperti solat berjemaah di masjid, majlis agama seperti bertadarus dan bertahlil, kenduri atau gotong-royong. Dengan cara itu barulah anak faham jiran tetangga adalah pihak paling sesuai untuk meminta bantuan.
Jika berlaku masalah atau percanggahan pendapat sesama jiran tetangga, anak perlu dilatih untuk melaksanakan kaedah penyelesaian yang tepat, mengikut syariat Islam serta tidak membesarkan perkara itu hingga menjadi kronik.
Sifat berdendam juga perlu dibuang jauh-jauh di kalangan anak demi menjaga kemurnian perhubungan sesama jiran, malah anak juga perlu menyuburkan sifat bertolak ansur, mengalah dan mudah memaafkan apa juga kesalahan jiran terhadap mereka.
Menggalakkan anak bersedekah apa saja termampu kepada jiran tetangga yang memerlukan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia daripada yang menerima dan akan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah.
Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh teladan sebaiknya kepada anak dalam hal kehidupan berjiran. Jika kita sendiri mengadu domba, bermusuhan dan mengasingkan diri daripada bertemu mesra dengan jiran, tidak hairanlah jika anak kita turut sama berbuat sedemikian.

Berilah pedoman kepada anak untuk memuliakan jiran tetangga seumpama mereka itu adalah sebahagian daripada keluarga terdekat yang sangat kita kasih.

Ahad, 14 Februari 2010

Biodata Nabi Muhammad S.A.W

Kita sering berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Kita juga sangat mengetahui siapakah Nabi Muhammad itu. Sempena menyambut akan hari Keputeraan Baginda s.a.w pada 26 Febuari 2010M bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H ,marilah kita mengimbas kembali biodata Penghulu segala Nabi ini .Kita jangan sekali kali lupa tentang diri baginda serta pengorbanan yang telah Baginda lakukan untuk seluruh umat di dunia ini.
Amatlah malang sekali sekiranya kita tidak mengetahui perihal Baginda sedangkan Bagindalah yang akan memberi shafaat kepada kita di Padang Mashar nanti.Oleh itu di samping kita menyelami peribadi Baginda,jangan lupa berselawatlah kepada Baginda setiap saat dan waktu.
Seperti firman Allah surah Al-ahzab :56:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.
Juga sabda Baginda:
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi bersabda :-
من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً
“Barangsiapa yang berselawat keatas aku 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith sahih riwayat Muslim].
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
BIODATA RASULULLAH SAW
1· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
1· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
1· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
2· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
1· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
2· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
1· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
2· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
1· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
2· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
1· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
2· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
3· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
4· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
1· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
2· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
3· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
1· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
2· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
3· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
1· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN DAN SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
i- Hamzah
ii- Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
i- Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
ii. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
iii. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
iv. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah * 5. Al-’Abbas * 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza) 8. Abdul Ka’bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13.. ‘Atiqah # 14. Arwa # 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam)
* Sempat masuk Islam.
# Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Sabtu, 13 Februari 2010

Sambutan Maulidur Rasul



Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul.

Rabu, 13 Januari 2010

Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010


January 13th, 2010
Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

Satu kejadian gerhana matahari dijangka akan berlaku pada hari Jumaat 15hb Januari 2010. Ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Kiraan waktu gerhana di Kuala Lumpur bermula pada jam 3:01PM dan dijangka berakhir pada 5:38 PM.
Cara melihat gerhana
Jangan SEKALI-KALI melihat matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.
Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).
Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!
Rujukan lanjut : Falak Online – gerhana matahari separa 15 Januari 2010

Surat Dari Saudara Fauzi

"Masih Ada Yang Berani Mencuba"
Suliati Mohd Zin & Mohd Fauzi Saari
to me
show details
1:50 pm (8 hours ago)
Assalammualaikum..
Saya Mohd Fauzi,rumah No 4.. ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia khususnya kepada unit peronda cawangan Klang dan jiran jiran terdekat. Baru baru ni alat penggera di rumah saya berbunyi(trigger)pada hari Khamis 070110 jam 1730hrs dan saya mendapat isyarat kecemasan dari CMC di Singapore menyatakan ada sesuatu melalui motion sensor di rumah saya. Pada masa itu saya masih di tempat kerja dan isteri saya dalam perjalanan pulang. Pihak CMC meminta saya menghubungi jiran terdekat untuk menjenguk keadaan rumah saya dalam tempoh 5 minit sebelum pihak CMC menghubungi polis. Saya ada menghubungi Pak Cik Safie tetapi malangnya dia berada di Jeram dan saya cuba pula menghubungi En Azrizal tetapi beliau masih di tempat kerja. Saya juga menghubungi En Azli tetapi tiada jawapan kerana beliau berada diatas motor dalam perjalanan pulang ke rumah. Pihak CMC tiada pilihan dan menghubungi pihak polis dan 1 unit MPV telah di hantar ke rumah untuk memeriksa keadaan di rumah saya dan semasa unit MPV menghampiri rumah saya ada seorang lelaki warga asing telah melarikan diri. En Azli ada menghubungi saya semula dan saya ada menceritakan kepada beliau tentang situasi yg berlaku. Alhamdullilah setelah anggota polis memeriksa diluar dan dalam rumah saya tiada sebarang kehilangan atau kesan pecah di rumah saya dan tindakan cepat anggota polis telah menggagalkan cubaan tersebut harus di beri pujian. Anggota polis pun ada menyatakan kawasan Meru ni salah satu "lokasi panas" dan pihak polis akan bertindak segera jika terdapat aduan bukan setakat pecah rumah sahaja malah jika ada sebarang yang mencurigakan misalnya ada orang yang tidak dikenali meletakkan kereta di hadapan rumah kita tanpa sebarang tujuan,juru jual yang mencurigakan atau apa apa yang boleh mendatangkan syak. Anggota polis tersebut juga memberikan no tel untuk dihubungi semasa kecemasan,Balai Polis Klang (0333719999) dan Alhamdullilah juga semalam (120110) waktu saya di rumah jam lebih kurang 1230hrs ada sebuah MPV telah melakukan rondaan di taman kita ini. Sekian lah sahaja catatan saya untuk dikongsi bersama.. Nasihat saya kepada jiran jiran semua bertindak lah segera sekiranya ada apa apa yang anda lihat mencurigakan kerana penceroboh akan mengambil kesempatan di atas kealpaan kita dan jangan takut untuk menghubungi pihak polis kerana polis telah di amanahkan untuk menjaga keselamatan kita semua dan ingatlah "Jangan Sampai Nasi Menjadi Bubur"....Wassalam.

Mohd Fauzi Bin Saari.
No4,Jalan Belimbing Besi 8/KU10,
Taman Meru Damai.
(1300-130110

Ahad, 10 Januari 2010

GOD

There is only one God (Allah) who is the true God and Islam is the submission to Allah’s will. Allah created the world. Angels are the messengers of Allah, they are sinless beings created out of light. Of the four archangels Gabriel was the medium used to reveal Allah’s words to Muhammad. The devil is called Shaitan or Iblis and is a fallen angel. Other beings are called jinn and they can be either good or bad and they inhabit the human world.

5 Pillars Of Islam

Muslims believe there is only one God who is the only God that can exist, he has created all things, he is all powerful, omnipotent, eternal, beyond time and is present with Muslims all the time. They believe in the books revealed by God, angels, the day of judgement, life after death, the prophets and the Prophet Muhammad was God’s messenger and his seal.A Muslim’s beliefs and values are found in the Five Pillars of Islam which are obligatory. They are:
1. Shahadah: This affirms that God is the only God, and Muhammad is his messenger – ‘There is no God but Allah, and Muhammad is his prophet.
’2. Salat: Performing set prayers in the direction of Makkah 5 times a day,prior to the prayers Muslims must ceremonially wash themselves (wadu).The prayers are at specific times of the day and have specific postures which Muslims have to undertake. The prayers are in Arabic.
3. Sawm: Fasting each day during the month of Ramadan, which is the ninth month of the lunar calendar. A Muslim during Ramadan is not allowed to eat or drink between sunrise and sunset. They are allowed to eat and drink during the night.
4. Zakat: Giving alms to the poor, a compulsory percentage of income (2.5%) is given to the poor, this is either given to the Imam at the Mosque or can be handed over to a specific charity by the individual.
5. Hajj: making a pilgrimage to Makkah at least once during a Muslim’s lifetime, if physically able. Makkah is the most holy place for Muslims and contains the Kabbah first built in tradition by Abraham.

Khamis, 7 Januari 2010

Ibu Bapa - Apakah Jasa Mereka Dilupakan?


PEPATAH syurga di bawah tapak kaki ibu sekali gus mengingatkan kita kepada betapa besar jasa ibu bapa dalam mendidik dan mematangkan kita menjadi manusia berguna, namun melihat kepada senario hari ini yang mana ramai warga tua dihantar oleh anak ke rumah penjagaan bagaikan menyatakan betapa jasa ibu bapa sudah dilupakan.Mereka yang tiada belas kepada ibu bapa dianggap kurang beradab dan tidak bersyukur kepada Allah. Begitu mudah anak mengabaikan ibu bapa mereka, walaupun sejak kecil mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa tidak dapat melakukan kebaikan untuk orang tua sendiri, apatah pula jika ibu bapa berkenaan sudah meninggal dunia.
Walau sehebat manapun ilmu kita, walau setinggi manapun kelulusan kita,walau siapa pun kita, apa guna tanpa restu ibu bapa kita dan guru. Jangan sesekali melupakan jasa mereka pada masa depan..kerana tanpa mereka tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan pada hari ini.

Surah Al-Isra' ayat 23:
"Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".

Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu .Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan , berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan perkataan "ah" sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan menyanggah seperti tersebut menunjukkan tanda ingkar atau membenci terhadap tindakan mereka.

Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandungkan kita, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari.
Surah Lukman ayat 14:Maksudnya:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan".
Pengorbanan mereka adalah pengobanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.
Surah An-Nisa ayat 36:Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri".

Perintah untuk menyembah Allah dan larangan mensyirikkanNya diikuti dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah dan taat kepada kedua ibu bapa. Namun dewasa ini, terdapat dikalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka tidak mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening mereka, kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat juga di kalangan kita menambah bebanan kepada ibu bapa seperti menyuruh menjaga cucu, menjadi pembantu rumah bahkan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan mengabaikannya.
Sabda Rasulullah SAW : Bermaksud:"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa".

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa dengan kerelaan mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga emas.

Selasa, 5 Januari 2010

Surat dari Saudara Che Rizal

Kutipan Sampah Di Taman Meru Damai Inbox
che rizal
to me
show details
10:44 pm (3 hours ago)
Salam Abg Ismail,Harap sihat di samping keluarga. Nama saya Rizal rumah bernombor 8, Tmn Meru Damai nie.Pertama saya mengalu-alukan kehadiran laman blog Taman Meru Damai ini. Diharap disini kita dapat berkongsi apa saja maklumat tentang taman kita nie.Saya amat tertarik dengan isi kandungan nya. Harap abg akan terus isikan nya dengan informasi yang lebih menarik lagi.Keduanya, saya ingin mengutarakan tentang masalah sampah di tempat kita ini. Saya kurang pasti apa masalah yang sebenar tetapi kalau tidak salah saya hampir seminggu lebih sampah dirumah kita semua tidak dikutip. Ini menimbulkan suasana yang kurang enak dalam kehidupan. Saya mengharapkan masalah sampah tidak berkutip ini akan selesai pada hari ini- Selasa 5/1/2010 (rutin biasa kutipan sampah selasa & sabtu) tetapi bila saya pulang kerumah didapati masih terdapat sampah yg telah seminggu lebih tidak dikutip.Ini adalah luahan dari saya hanya sekadar untuk berkongsi dengan semua.Wassalam.
Che Azrizal B. Che Ahmad
No.8, Jalan Belimbing Besi 8/KU10
Taman Meru Damai

Renungan

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Qur'an: Al-Baqarah, 188)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbicara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia memuliakan tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.
Firman Allah:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ
الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ
أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ
إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat: 12)

Tazkirah

Kelebihan Tahajud

Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamah maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;
1. Dapat lidah yang hikmah.
2. Diangkat kedarjat wali.
3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut
Selain itu juga;
1. * Doa-doa akan diperkenankan. *
2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa


Pemimpin Masakini, Contohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Posted on Tuesday, December 22 @ 04:10:27 PST Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad Oleh: nass"
1. Yunus bin Abi Syabib berkata:“Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya."
Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:"Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar.Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."
2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”
Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).” Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya.
Firman Allah swt:ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقاب“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (1-2 At-Takasur)
Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat.
3. Maslamah bin Malik berkata:Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.
4. Amru bin Muhajir telah menyebut:“Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:كلا إني رأيته في النار في بردة غلها“Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)
5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم“Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”Komen: Umar tidak ada elaun makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال“Setiap ummat mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr TirmiziYa Allah selamatkan kami dari fitnah hartaKesimpulan: Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.Mampukah pemimpin pada zaman ini mencontohi beliau??