Jalan Belimbing 8 KU/10 ,Meru,Klang ,Selangor Darul Ehsan

“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya.” -(Hadis riwayat al-Bukhari).

Rabu, 30 Disember 2009

Kekuasaan Allah










Kalau anda amat amati photo di atas anda akan mendapati itu adalah kalimah Allah yang saya sempat rakamkan .Fenomena tersebut benar benar kelihatan di belakang rumah kita.
Tetapi saya agak terlambat merakamkannya.Mengikut kata anak saya dia benar benar melihat kalimah itu di langit dan ianya tersangatlah jelas.Di sebabkan saya sibuk mencari kamera maka ianya sudah agak kabur.
Namun ini semua adalah tanda kebesaran Allah s.w.t.Dia akan menunjukkan kekuasaanNya tidak kira bila,di mana dan dalam pelbagai bentuk supaya kita berfikir ,merenung akan kebesaranNya dan mengukuhkan keimanan kita .
قل أنظروا ما ذا فى السموات والأرض، وما تغنى الأيات والنذر عن قوم ﻻ يؤمنون.(س. يونس :١٠١)
Terjemahan : "Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi, tidakkah bermanfaat kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman.
Masih ingatkah lagi fenomena bulan tersenyum di langit? Seluruh dunia menyaksikannya.
Allahuakbar! Bagamana mungkin dua butir bintang bersatu dan membentuk seperti mata dan bulan sabit di antaranya seperti mulut.Inilah sifat Allah.Maha Mentadbir.Sekiranya Dia mahu sesuatu itu berlaku maka berlakulah dan ingatlah bahawa sesuatu itu mungkin mustahil bagi kita tetapi ianya tidak mustahil bagi Allah.
SELAMAT TAHUN BARU 2010

Isnin, 28 Disember 2009

Anak Anak Kita





Masa berlalu begitu pantas.Tanpa disedari cuti persekolahan akhir tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya.Sessi persekolahan bagi tahun 2010 sudah di ambang. Tiada lagi teriakan " Hooray!!' keluar dari mulut pelajar pelajar sekolah sepertimana bermulanya cuti persekolahan. Pada pelajar yang tahu menilai pengertian ilmu dan didikan guru sekolah akan berasa gembira pada hari pertama sekolah dibuka.Selalunya ini dirasakan oleh remaja remaja di sekolah menengah.Tetapi tidak bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.Mereka akan berasa takut ,risau dan sedih ditinggalkan ibubapa.
Namun segalanya telah jauh berubah.Kanak kanak yang memulakan alam persekolahan di sekolah sekolah kebangsaan sudah berpengalaman semasa mereka di pra sekolah.Hanya mungkin suasananya agak berlainan kerana jumlah pelajar pelajar agak lebih ramai daripada kebiasaannya.
Dengan pakaian seragam serba baru mereka melangkah ke alam baru.Alam persekolahan yang benar benar akan menguji ketahan mental dan fizikal mereka.Di zaman ini seolah olah diwajibkan menghadiri dua sessi persekolahan pagi dan petang.Tidak kira mana yang terdahulu , sekolah agama ataupun sekolah kebangsaan kedua duanya mesti dihadiri.
Untuk keseimbangan dunia dan akhirat,setiap ibubapa perlu memastikan anak anak mereka menuntut pembelajaran ini.
Alangkah letihnya keadaan kanak kanak ini.Di waktu malam,selain mengaji Quran mereka ke kelas tuisyen.Tetapi ini adalah didikan awal untuk mereka supaya mereka lebih berdaya saing serta konfiden untuk mengharungi masa depan.Di sinilah peranan ibubapa untuk mengatur jadual belajar anak anak dan menilai prestasi anak mereka samada berkemampuan atau sebaliknya. Berbeza dengan pelajar pelajar Tionghua dan India.Mereka mempunyai lebih masa untuk
berehat dan melakukan kerja kerja sekolah.Perjalanan sebagai pelajar lebih efisyen dan berkualiti.Mungkin faktor faktor ini adalah salah satu sebab ramai anak anak dari kaum kaum ini lebih menyerlah dalam peperiksaan.Ana.
Walaubagaimanapun semuanya terpulang pada anak anak itu sendiri.Jika tahu membahagikan masa mereka akan berjaya.Terbukti ramai juga anak anak melayu telah berjaya mencapai tahap kedudukan yang tinggi dalam peperiksaan akademik seterusnya menguasai pelbagai cabang ilmu.
Sebagai ibubapa kita yang mencorakkan mereka .Kain putih di tangan corakkanlah dengan warna warna yang indah mata memandang , cantik bila diceritakan dan suci bila di pakaikan.

Rondaan Dan Kawalan Malam

Beberapa kejadian pecah rumah telah berlaku di taman ini.Contohnya rumah no.6 yang dihuni oleh beberapa remaja lelaki bujang . Mereka kehilangan beberapa buah telefon bimbit.Anehnya mereka tidak menyedari bahawa mereka dirompak.Kemungkinan ilmu pukau telah digunakan.
Andaian tersebut bertambah meyakinkan dengan penemuan segumpal tanah berhadapan pintu rumah saudara Amin.Diyakini sengaja diletakkan di situ sebagai salah satu cara amalan ilmu pemukauan.Sebelum daripada itu pada sebelah malamnya lebih kurang jam 0200 isteri beliau mendengar kicauan beberapa ekor burung berhampiran rumah mereka.
Walaupun tidak melibatkan sebarang kecederaan ataupun kehilangan nyawa namun kes kes ini telah diambil perhatian serius oleh AJK dan penduduk taman ini.
Bermula pada bulan Julai pihak taman telah menjalankan rondaan malam.Penglibatan ahli ahli adalah secara sukarela.Respon daripada setiap ahli amatlah menggalakkan.
Jadual yang telah dipersetujui bersama bermula pada jam 0200 hingga 0430. Ia dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan mengandungi 3 orang pengawal.Pengawal pengawal ini akan berkawal sekali dalam masa seminggu dan begitulah seterusnya.
Alhamdulillah,sepanjang aktiviti kawalan malam tersebut tiada sebarang kejadian jenayah berlaku .
Pihak AJK taman mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang terlibat dalam rondaan malam.Meskipun tugas ini hanyalah sukarela tetapi pengorbanan yang ditunjukkan untuk keamanan taman ini amatlah membanggakan.Kepada yang masih ada rasa sikap individualistik,diharap buanglah sikap negatif ini.Ia tidak menguntungkan sesiapa tetapi hanya merugikan diri sendiri.
Akhir kata renungilah kata kata di bawah ini.

"Malang tidak berbau,bencana tidak mengira."

"Tidak mudah sendirian kalau lawan segerombolan"

"lidi sebatang mudah dipatahkan,lidi segenggam tidak terpatah"

Tabung Persatuan

Pada mesyuarat kali pertama diadakan, penduduk penduduk taman ini telah bersepakat dan bersetuju untuk menubuhkan tabung untuk taman ini bagi membiayai segala aktiviti yang bakal di jalankan.
Mesyuarat memutuskan agar setiap wakil rumah menyumbang sebanyak rM5 sebagai yuran bulanan.Dengan hasil kutipan ini akan dimasukkan ke dalam tabung .Sehingga kini wang tabung ini telah digunakan untuk aktiviti gotong royong ,fotokopi risalah dan musibah yang melanda keluarga saudara Fadil.
Kutipan berasingan untuk majlis pemulihan rumah dan kawasan telah dibuat.Tujuannya adalah untuk membeli peralatan pemulihan seperti garam kasar,lada hitam dsbnya.Juga pembayaran untuk 6 orang ustaz yang terlibat ,separuhnya adalah dari wang tabung taman ini.
Setelah dimaklumkan oleh saudara Bendahari, kewangan tabung kita amatlah tidak memberangsangkan. Ini adalah disebabkan oleh kegagalan ahli ahli menjelaskan yuran bulanan seperti yang telah dipersetujui bersama.Kesan daripada itu , segala aktiviti yang dirancang telah tertangguh dan gagal dilaksanakan.
Untuk mengembalikan kekuatan permuafakatan dan silatulrahim , marilah kita bersama sama
menjalankan tanggung jawab sebagai penduduk taman ini.
Terima kasih kepada ahli ahli yang telah menjelaskan yuran dan kepada yang masih belum laksanakanlah segera.
Kekuatan kita adalah kerana muafakat .Bak kata pepatah melayu " kuat air kerana pembentung, kuat manusia kerana muafakat"

Jadi fikir fikirkanlah.

Majlis Khatam Al-Quran

Pada hari Jumaat tanggal 25 Disember saudara Malik Faisal telah mengadakan majlis khatam Quran untuk dua orang anak lelakinya.Majlis yang mulia itu telah diadakan di rumah beliau.Kedua dua anak beliau iaitu adik Muadzam dan adik Muqmin telah pun berjaya menamatkan 30 juz dalam usia yang muda.
Majlis ini dijalankan selepas waktu Asar dan dihadiri serta dijalankan oleh kaum muslimah surau
Kiai Haji Ridzwan.Tidak ketinggalan juga bersama sama adalah kaum ibu di taman ini.
Ramai sanak saudara kedua belah pihak saudara Malik dan Puan Zuraida hadir menyerikan majlis tersebut.
Turut kelihatan menghadiri majlis ini ialah pengerusi taman dan beberapa yang lain.Majlis tamat pada lebih kurang jam 1900.

Khamis, 24 Disember 2009

Jumaat-Penghulu Segala Hari

Jumaat penghulu segala hari
Posted on 25 Disember , 2009 by admin



JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rekaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).

Rabu, 23 Disember 2009

Poligami: Antara Hukum,Adat Dan Emosi

.Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.
Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.
Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa."Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)
Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri. "Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu." Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.
Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.
Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya."Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya.
Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna."Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya."Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang."Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.
Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum."Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi."Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami.Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci."Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula.Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).
Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita."Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri."Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan. "Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami."Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Jodoh Dalam Perkahwinan



Maksud:
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada
empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana
kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan)
kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah
(beruntung). (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia
bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih
sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi
sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang
tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di
atas.
Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek
pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir
nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam
masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Bagi mereka yang
bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada
Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan
diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memberikan panduan
dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu?

TAVI, rawatan injap jantung tanpa pembedahan

TAVI, rawatan injap jantung tanpa pembedahan
Mon, Dec 7, 2009
Gaya Hidup

Adakah anda berisiko tinggi untuk menjalani pembedahan injap jantung yang tersumbat?
Sekiranya ada, anda tidak perlu bimbang kerana kini sudah ada rawatan alternatif tanpa perlu dibedah. Kaedah ini dikenali sebagai kateter Transcatheter Aortic Valve Implantation atau TAVI.
Apa itu TAVI? Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari, cukup berkesan dalam merawat pesakit jantung yang mengalami kesempitan injap aortik.
"Prosedur itu hanya melibatkan satu insisi kecil pada pangkal paha (trans-femoral) untuk memasukan kateter, " katanya cukup berkesan dalam merawat pesakit jantung yang mengalami kesempitan injap aortik
Beliau berkata rawatan alternatif dan inovasi terbaru TAVI Medtronic CoreValve di negara ini adalah yang pertama di Asia.
Menurutnya, ramai yang tidak sedar mengenai penyakit injap jantung, terutama yang melibatkan kemerosotan stenosis aorta akibat pertambahan usia.
Biasanya, ia berlaku pada golongan lanjut umur di mana injap jantung menjadi keras dan sempit. Kerosakan injap aortik boleh juga disebabkan oleh demam reumatik dan injap aortik bikuspid kongenital.
Ini menyebabkan injap yang bertindak sebagai pintu dari jantung tidak dapat mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh dengan sempurna.
"Dengan keadaan fizikal yang lemah dan ditambah pelbagai penyakit lain, golongan ini amat berisiko bagi pembedahan secara terbuka," jelas Robaayah.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah kesempitan atau saluran tersebut tersumbat, satu lagi alternatif ialah dengan melakukan prosedur ini melalui saluran darah subklavian yang terdapat di bawah tulang selangka.
Jelas Robaayah, CoreValve tersebut akan ditempatkan di posisi injap aortik yang rosak, berfungsi sebagai injap gantian yang dimasukkan menerusi penggunaan kateter.
Dengan melalui saluran darah hingga sampai ke injap aorta yang rosak secara perlahan-lahan, CoreValve tersebut akan dilepaskan sehingga mencapai saiz yang mencakupi injap asal.
Kaedah rawatan ini hanya mengambil masa 45 minit dengan kos rawatan sekitar RM140,000.
Memetik laporan TKO, Ketua Jabatan Kardiologi IJN, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali pula menjelaskan, tiga pesakit yang telah menjalani prosedur itu setakat ini telah menunjukkan kadar penyembuhan yang amat pantas.
"Beberapa jam selepas pembedahan, pesakit sudah boleh bangun dan bergerak tanpa bantuan. Malah kadar pernafasan ketiga-tiga pesakit itu juga semakin baik," katanya.
Selain itu, prosedur ini juga berjaya mengurangkan risiko selepas pembedahan termasuk penggunaan ubat bius serta jangkitan pada luka pembedahan.
"Walaupun jangka hayat penggunaan alatan ini tidak dapat dipastikan namun sepanjang sembilan tahun digunakan di beberapa institusi perubatan di Amerika Syarikat dan Eropah, ia menunjukkan perkembangan positif tanpa kesan sampingan," jelasnya lagi.
Sementara itu Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad, 76, yang menjalani rawatan kaedah TAVI pada 26 November lalu, mengakui bertambah sihat dan baik.
Jika dulu beliau sukar bernafas dan mudah letih kini semakin pulih. Malah kadar pernafasan beliau turut memberangsangkan

Berbudi Pada Tanah.
















Berbudi pada tanah dan kita akan merasai hasilnya
Ramai penduduk di taman ini mengambil kesempatan atas keluasan tanah kawasan kediaman mereka dengan menanam berbagai tanaman .Contohnya pokok mangga ,pisang,tebu ,nangka ,rambutan'sekolah' dan sebagainya.Terdapat juga tanaman keperluan harian dapur seperti serai,lengkuas.kunyit,daun pandan dan sebagainya.
Dengan laman belakang yang luas kira kira 1190'persegi banyak yang boleh dilakukan .
Mungkin bercucuk tanam ini hanya sementara sahaja.Sekiranya pemilik ingin membuat pengubahsuaian rumah di bahagian belakang maka keluasan untuk bercucuk tanam akan mengurang.Namun masih ada ruang yang dikira dapat dimanafaatkan untuk mendapatkan hasil tanaman.Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

Pengubahsuaian Rumah.Apakah Ia Memberi Kepuasan?

rumah milik Encik Fauzi yang telah diubahsuai.


Apabila anda membeli sebuah rumah untuk menjadi kediaman tetap anda,apakah yang ingin anda lakukan terhadap rumah tersebut.
Jawapannya adalah 'renovation' atau dalam istilah melayu 'ubahsuai.Tidak kira samada anda ingin membuat pengubahsuaian dalaman atau pun luaran,semuanya terpulang kepada individu.

Rumah kepunyaan Encik Fauzi Saari telah diubah suai dan kelihatan cantik dan indah.Beliau membelanjakan puluhan ribu untuk mencantikkan rumah beliau.Tergambar kepuasan dalam diri beliau sekeluarga kerana hasrat untuk mengindahkan rumah yang baru dibeli menjadi kenyataan.

rumah milik Encik Amin telah di pasang awning dari polycabonite.
Encik Malek mencantikkan rumah dengan hiasan dinding,lantai dan gazebo.

Terdapat juga beberapa lagi rumah yang telah di ubahsuai seperti rumah kepunyaan Encik Malik Faisal dan juga rumah Encik Amin.Rumah rumah yang telah diubahsuai dengan baik akan kelihatan menarik dan indah.Anda bila lagi?






Selasa, 22 Disember 2009

Rumah Terbiar

Terdapat lebih kurang 4 buah rumah tanpa di huni di taman ini.Menurut beberapa sumber rumah rumah ini sudah mempunyai pembeli dan telahpun dimiliki.Anehnya sehingga sekarang tiada seorang penduduk di taman ini yang pernah bertemu dengan pemilik rumah rumah tersebut.

.
gambar beberapa rumah yang tidak di diami.


Mengikut sumber dari pihak pemaju Sri Merahmas, rumah rumah ini terlebih awal di beli olehpihak pihak tertentu.Tetapi malangnya rumah rumah inilah yang masih kosong dan tidak dihuni .
"Saya telah diarahkan oleh Pengerusi untuk mendapatkan nombor nombor pemilik rumah tersebut,malangnya hampa .Selain daripada pihak lawyer saya juga cuba mendapatkannya daripada pihak pemaju. Mereka juga enggan memberikan nombor pengurus Sri Merahmas apabila diminta." kata En.Ismail yang juga salah seorang AJK taman tersebut.
Walaubagaimanapun pihak taman telah membersihkan kawasan persekitaran rumah rumah tersebut dalam aktiviti gotong royong.Namun kawasan rumah rumah tersebut kembali semak dan tidak terurus .Apakah tindakan kita untuk mengatasinya?

Majlis Suai Kenal dan Penubuhan Persatuan Penduduk

Pada tarikh 14 Febuari 2009 telah diadakan satu majlis suai kenal di antara penduduk di Taman Meru Damai ,Jalan Belimbing 8/KU10,Meru.

Majlis yang bermula pada jam 2130 itu bertempat di rumah no.30 iaitu milik Encik Azli bin Abu Sien yang bermurah hati untuk menjadikan kediamannya sebagai tempat bermulanya ikatan silatul rahim penduduk penduduk.di taman ini.

Alhamdulillah dengan semangat yang ditunjukkan ,kesemua ketua ketua keluarga telah dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis yang julung julung kali diadakan ini.

Di majlis ini juga, telah tertubuhnya satu persatuan yang di beri nama Persatuan Penduduk Taman Meru Damai.

Objektif penubuhannya antara lain adalah untuk:



1- Mengeratkan silatul rahim di antara penduduk serta mengamalkan permuafakatan

2- Menyelia kawasan perumahan supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik.

3- Mengawal keselamatan kawasan perumahan daripada anasir anasir tidak sihat atau jenayah

4- Mendidik penduduk penduduk taman supaya lebih menghargai konsep kejiranan.



12 Jawatan kuasa telah di perkenalkan dengan diwakili oleh 14 orang ahli. Jawatan kuasa ini diketuai oleh seorang pengerusi yang berperanan memastikan segala keputusan mesyuarat di laksanakan dan di samping menjadi tempat rujukan segera ahli ahli kariah yang di dalam kecemasan.

Di bawah ini adalah senarai AJK bagi taman ini
Pengerusi
Encik Azli bin Abu Sien
Naib Pengerusi
Encik Ismail bin Ibrahim
Setiausaha
Encik Mansor bin Sapari
Bendahari
Encik Mohd Fazli bin Hasan
Auditor 1
Encik Samsul Kamar bin Ahmad
Auditor 2
Encik Mohd Zahri bin Mat Zazuli
Biro Kebajikan
Encik Othman bin Sukir
Biro Agama
Encik Shafie bin Sharif
Biro Keselamatan
Encik Mat Rafie bin Mat Adam
Biro Kebersihan
Encik Malek Faisal bin Yaacob
Biro Pendidikan
Puan Norhalimaton Saadiah binti Ayub
Biro Perhubungan
Encik Azmi bin Ahmad
Biro Hal Ehwal Wanita 1
Puan Lily binti Ramly
Biro Hal ehwal Wanita 2
Puan Suliati binti Mohd Zain

Jumaat, 18 Disember 2009

Sijil Layak Menduduki (CFO)

Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.
CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :
Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.
Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi. Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan.
PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli.
Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;
Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance).
Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima. Walau bagaimanapun, pindaan kepada UKBS ini hanya akan berkuatkuasa setelah semua negeri mewartakan pindaan ini.
Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.
Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas bangunan dalam tempoh selama 18 bulan dari tarikh pengeluaran pemilikan kosong bangunan atau disebut serah kunci. Sekiranya berlaku kecacatan bangunan seperti kebocoran bumbung, kebocoran paip air dan sebagainya dalam tempoh tersebut ia merupakan tanggungjawab pemaju.
Kegagalan struktur seperti keretakan tiang, rasuk, lantai atau mendapan bangunan merupakan tanggungjawab jurutera perunding bagi sepanjang umur bangunan berkenaan. Pemilik rumah yang menghadapi masalah ini hendaklah melaporkan kepada PBT berkenaan berserta dengan butiran dan gambar bagi memudahkan kerja penyiasatan. Di bawah, UKBS Undang-Undang Kecil 258, PBT boleh menyuruh jurutera perunding asal yang mengemukakan pelan berkenaan membuat laporan untuk menjelaskan punca kegagalan dalam tempoh yang ditetapkan oleh PBT. Jurutera perunding yang gagal mematuhi atau tidak memberi kerjasama, pihak PBT atau pemilik bangunan boleh membuat laporan kepada Lembaga Jurutera Perunding bagi tindakan selanjutnya.

Khamis, 17 Disember 2009

Kemudahan Telekomunikasi



Beberapa buah rumah telah menggunakan khidmat telekom.
Kerja kerja pendawaian oleh kontraktor yang dilantik oleh Telekom Malaysia
berjalan lancar.Terdapat juga penduduk penduduk yang terlibat memohon
untuk menggunakan perkhidmatan internet melalui TM Point.


Maklumat Untuk Pengguna Pengguna Islam




BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI > 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh ) > 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand ) > 3. Ajinomoto ( Thailand ) > 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas > 5. Semua tauhu buatan Orang Cina> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand > 7. Sabun FAB berbuku > 8. Lobak Jeruk > 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina) > 10. Krim Muka Hazeline Snow.SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) > 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi > 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina> 3. Daging Burger Import > 4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina > 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' > 6. Berus Gigi Jenis ' Reach' > 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam > 8. Semua sabun mandi yang diimport > 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL > 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam> 11. Have Pearl Cream > 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald > 13. Ubat Kurap buatan Org Cina > 14. Beehon Segera Siam > 16. Sabun Mandi Yang Berminyak .SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )> 1. Bosset Wine Gum> 2. Dairy Milk Coklat > 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum > 4. Sugus Strawberry > 5. Passer Doily Mixture > 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint > 7. Scothes Vikmin > 8. Share Extra Atrenght > 9. Black Current Jelly > 10. Royal Gulaman & Decart Oranges > 11. Valvis Gelatin > 12. Sarung Kapsul Ubat > 13. Ais Krim dalam bekas plastik> 14. Gula-gula Fruities > 15 Cake Mets Vilber Punch > 16 Coklat Cake > 17 Tepung Kastard Lady's Choice > 18 Semua jenis Jelly > 19 Semua jenis gincu bibir > 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo > 21 Lady's Choice Jelly> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA > 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD > 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU ) > 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN > 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP > 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING > 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND.Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !! AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN! Ref. Message: Pringles Potato Chips Looks like you have to find another alternative to munch. Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier. Dr Safurah Hj Jaafar ; Principal Assistant Director; Ministry of Health , Malaysia ; Tel: 03-2540088.
Posted by Ismail Ibrahim at 09:36 0 comments
Labels:
Subscribe

Rabu, 16 Disember 2009

Pengenalan Ringkas Taman Meru Damai 8 KU/10









Taman Meru Damai adalah sebuah taman perumahan yang terletak lebih kurang 2 km jaraknya dari Pekan Meru,Klang.Lokasinya berada di Jalan Belimbing di dalam daerah Bukit Kapar.Dilancarkan sepenuhnya pada tahun 2006 oleh pemaju Sri Merahmas.
Dikelilingi oleh tanah tanah persendirian penduduk penduduk daerah ini. Justeru itu kawasan ini masih terdapat banyak tanah tanah yang masih belum dimajukan sepenuhnya oleh pemilik.
Taman ini hanya mempunyai 24 buah rumah dan kesemuanya telah dimiliki .Dengan purata keluasan setiap tanah 102'x34' dan binaan berukuran 43'x24' rumah di sini boleh dikategorikan sebagai kediaman mewah.Tambahan pula ia adalah rumah kembar dua atau semi-D.Tetapi masih terdapat pemilik yang masih belum berpindah masuk .Kesemua 20 keluarga telah menghuni taman ini dan kebanyakan mereka adalah orang luar dari kawasan Meru ini.

Penduduk taman ini juga telah menubuhkan jawatankuasa penduduk bagi mentadbir dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang perlu bagi menjadikan taman ini sebuah taman yang berkualiti baik dari segi kejiranan mahupun keindahannya.
Tabung untuk taman ini juga telah dilancarkan bagi membantu segala penyeliaan taman ini.
Diketuai oleh seorang Pengerusi dan dibantu oleh beberapa Ahli Jawatankuasa melalui beberapa biro yang difikirkan perlu.

Antara beberapa aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong royong yang mana bertujuan membersihkan alam sekitar seperti semak samun,perparitan dan sebagainya dan ianya telah berjalan dengan jayanya.
Bermula pada bulan Julai 2009 penduduk taman ini telah membuat satu program iaitu kawalan malam di mana disertai oleh hanya penduduk taman ini dengan cara sukarela.Alhamdulillah kerana komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua penduduk taman ini maka kejadian jenayah telah dapat di elakkan.

Taman ini juga telah memohon kepada pihak Telekom Malaysia supaya dapat di adakan talian telefon untuk kemudahan penduduk.Kemudahan ini juga telahpun di sediakan oleh pihak Telekom dan beberapa buah rumah telahpun menerima perkhidmatan ini.

Penduduk-penduduk taman ini boleh menghantar sebarang maklumat dan berita mutakhir kepada Email : jfw2999@gmail.com
Untuk melayari blog taman ini sila akses link ini.
http://www.tmnmerudamai.blogspot.com/

Sekian, terima kasih . .

Isnin, 16 November 2009

Kewajipan Hidup Berjiran




Hak berjiran adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam. Dalam Islam, jiran adalah mereka yang dekat dengan rumah kita. Dalam bahasa klasik disebut, 40 buah rumah ke kanan dan 40 rumah ke kiri, 40 ke atas dan 40 ke bawah.Ukuran ini menjadi relevan dengan rumah pangsapuri dan flat pada hari ini. Malah kehidupan dalam sesebuah taman perumahan. Semua mereka itu adalah jiran anda.Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah menganmalkannya:


(a) Jangan menyakiti jiranDasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga hadis Bukhari ada menyebut “Tidak beriman mereka yang menyakiti jiran.”Manakah lagi satu perbuatan keji selain daripada berzina dengan anak jiran atau mencuri hak mereka. Ia boleh diibaratkan membuang najis ke dalam periuk nasi. (b) Memelihara jiranSetiap daripada kita wajib nmemelihara jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi s.a.w. mengingatkan “Siapa yang memenuhi hajat jirannya, Allah akan memenuhkan hajatnya.”Kebalikan daripada kejahatan segala kebaikan hendaklah diberikan kepada jiran. (c) Berbuat baik kepada jiran.Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.Sebagai orang yang dekat, jiranlah tempat kita memohon pertolongan apa sahaja keperluan .Kepada jiran dalam perkara ini melebihi keluarga sendiri yang tinggal jauh. Jika habis air, garam,beras atau keperluan harian yang lain, maka jiranlah tempat mengadu, apa lagi di kampung. Jika ada kenduri kendara memerlukan kawasan, mangkuk pinggan, atau peralatan dapur, siapa lagi jika bukan jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan.Sikap dan perbuatan jiran anda yang di sebut di atas, bertentangan sama sekali dengan itu semua. Namun bagi kita pula hendaklah mengambil sikap dasar seterusnya. (d) Menanggung kejahatan jiran.Kata pepatah Melayu ‘‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”. Memang jika diikutkan hati yang panas, apa sahaja mahu dilakukan kepada jiran yang sebegitu rupa. Tetapi Islam meletakkan mereka yang membalas kejahatan jiran dengan kebaikan sebagai kedudukan yang paling mulia.Rasulullah s.a.w selalu memuji orang yang berlapang dada, mudah memaafkan, memberi kepada mereka yang enggan berbuat begitu kepada kita, malah menghubung silaturrahim dengan mereka yang memutuskan silaturrahim.Membalas kejahatan dengan kejahatan akan merosakkan perpaduan. Jika ada ruang untuk membaiki keadaan secara baik, itulah jalan paling selamat. Justeru itu kita dituntut memiliki perasaan bersabar dan tidak mudah jadi pemarah. Jangan bersikap panas baranDalam perkara ini pendidikan sejak awal perlu disemai, di mana setiap orang dididik agar tahu dan amalkan sikap berbaik-baik dengan jiran ini. Wallahualam.sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm



Tajuk: Re: Kewajipan hidup berjiranDikirim oleh: Ummi Munaliza on 03 June, 2009, 05:39:20 AM
Hak-hak jiran ke atas kitaDipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali. 1. Mula memberi salam kepadanya. 2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal –ehwalnya. 3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia. 4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira. 5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegenmbiraan. 6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya. 7. Tidak menunjukkan pandangan ke dalam rumahnya sehingga boleh menampakkan auratnya. 8. Tidak menyusahkan perasaannya. 9. Tidak menyempitkan jalan menuju ke rumahnya. 10. Tidak menujukan pandangan kepada segala yang dibawa ke dalam rumahnya. 11. Menutup segala keaiban dan dan kecelaan yang dilakukannya. 12. Meringankan daripada malapetaka yang menimpanya. 13. Tidak terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya. 14. Menghormati isteri dan pembantu wanita yang bekerja di rumahnya. 15. Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya. 16. Memberi tunjuk ajar apa yang tidak diketahui mengenai agama mahupun akhirat.



Tajuk: Re: Kewajipan hidup berjiranDikirim oleh: Ummi Munaliza on 03 June, 2009, 05:46:10 AM
ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN
Rujukan : Bimbingan Mukmin Imam Al-Ghazali
ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN 1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi. 2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda;“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim) 3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia. 4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur. 5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan. 6. Menyintai mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai. 7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab. 8. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan. 9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran. 10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’. 11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya, anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi. 12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya. 13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram. 14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya. 15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya. 16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah. 17. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dillakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan. 18. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka. 19. Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit. 20. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia. 21. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran. 22. Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan. 23. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya. 24. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah. 25. Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah. 26. Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana. 27. Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya. Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka. 28. Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati. 29. Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.30. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran
“ Jiran Sepakat membawa Berkat”
Powered by SMF 1.1.9 SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC

Renungan

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Qur'an: Al-Baqarah, 188)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbicara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia memuliakan tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.
Firman Allah:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ
الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ
أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ
إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat: 12)

Tazkirah

Kelebihan Tahajud

Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamah maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;
1. Dapat lidah yang hikmah.
2. Diangkat kedarjat wali.
3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut
Selain itu juga;
1. * Doa-doa akan diperkenankan. *
2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa


Pemimpin Masakini, Contohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Posted on Tuesday, December 22 @ 04:10:27 PST Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad Oleh: nass"
1. Yunus bin Abi Syabib berkata:“Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya."
Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:"Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar.Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."
2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”
Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).” Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya.
Firman Allah swt:ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقاب“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (1-2 At-Takasur)
Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat.
3. Maslamah bin Malik berkata:Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.
4. Amru bin Muhajir telah menyebut:“Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:كلا إني رأيته في النار في بردة غلها“Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)
5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم“Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”Komen: Umar tidak ada elaun makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال“Setiap ummat mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr TirmiziYa Allah selamatkan kami dari fitnah hartaKesimpulan: Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.Mampukah pemimpin pada zaman ini mencontohi beliau??